cheritera 1

August 6, 2009 at 2:10 pm (Uncategorized)

Situasi 1

“Assalamualaikum kelas! Hari ini ini saya nak lihat kamu punya kerja rumah Fizik yang saya berikan kelamarin.  Masing-masing sila keluarkan buku latihan ya,” pinta Cikgu Nur.

“Cikgu, Azman tak buat Cikgu,” pekik Ahmad, budak yang agak debab,  selalu sahaja menjadi mat pot.

“Betul Azman kamu tak buat? Kenapa dengan kamu ni, apa yang saya suruh tak pernah kamu buat. Kamu nak saya bawak kamu jumpe pengetua ye?” melauap-luap marah Cikgu Nur.

“Maaf Cikgu, saya tak sempat buat. Saya tolong mak saya berniaga Cikgu,” rayu si Azman, tertunduk malu, melihat lantai, mengira nasib yang akan menimpanya di dalam beberapa detik akan datang.

“Ah, alasan itu semua!” hamun Cikgu Nur seraya melayangkan penamparnya.

Paaapp! Merah pipi Azman  bebekas tangan Cikgu Nur.

“Kamu pergi kebelakang, buat dan siapkan!” jerkah Cikgu Nur.

Terpisat-pisat Azman mengambil bukunya. Hari itu tercalar maruahnya.Rakan-rakan sekelas memerhatikan dengan pandangan kesian. Mereka kenal Azman, seorang budak yang baik, cuma sedikit ketinggalan di dalam akademik kerana kemiskinan keluarganya. Dia rajin cuma kurang masa. Anak sulong, sudah tentu dia menjadi tempat adik-adiknya bergantung.  Bapanya entah ke mana menhilang. Kali terakhir dia melihat bapanya sewaktu adiknya yang kecil, Siti dilahirkan. Selepas itu hilang entah ke mana. Ibunya, Mak Milah, seorang yang cekal dan tabah. Orang kampung sibuk mengatakan suaminya itu lari mengikut minah Indon bernama Kartika tetapi dipekakkan sahaja telinga mendengar cerita itu.

“Bangun kelas! Terima Kasih Cikgu Nur Aina!” Jerit Mohd Hamid, ketua tingkatan 5 Coklat.

Cikgu Nur berjalan menuju ke kantin selapas melangkah keluar dari makmal. Sambil berjalan, beliau memikirkan tidakan yang diambil ketika di dalam kelas tadi. Perasaan menyesal mula membunga. Hari itu dirasakan tidak kena baginya sejak awal pagi lagi. Kemuncaknya dia hilang sabar dan terus menampar muka Azman. Tidak pernah terlintas sebelum ini untuk dia bertindak sedemikian, tapi nasi sudah pun menjadi bubur.

“Kenapa menung sahaja cikgu? Teringatkan buah hati ya? Cikgu nak minum apa?” sakat Angah, pekerja kantin.

“Eh, ada pula kamu ni Angah! Beri saya macam biasalah, milo ais ya,” Cikgu Nur tersenyum sipu.

“Hai Nur! Seorang sahaja?” sapa Cikgu Robi.

“Ya kak. Baru habis kelas ke?” balas Cikgu Nur.

“Tak, baru lepas jumpa Tuan Pengetua tadi. Kelas pukul 11.50 nanti. Kamu kenape ni Nur, muram sahaja? Murid kamu buat hal ya?” teka Cikgu Robi.

“Biasalah kak. Azman dari kelas 5 Coklat,  dia buat saya geram tadi. Saya hilang sabar, terus saya tampar muka dia. Sekarang bila sudah sejuk sikit, kesian pula saya ingat balik dekat dia. Dia orang susahkan kak?” tanya Cikgu Nur ingin tahu.

…bersambung

Advertisements

1 Comment

  1. mine.. said,

    kisah benar e?…sambung2,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: