Perjalanan dan penantian…

April 23, 2009 at 12:00 pm (Uncategorized)

Awallulkalam, saya mulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim…( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Assalamualaikum WBT…

Syukur kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya…

Bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) pada pagi tadi, penulis berkesempatan singgah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dari jam 11 sehinggalah lebih kurang jam 3 petang. Terima kasih kepada Cikgu Hidayat di atas kesudian beliau mengajak penulis ke pesta tersebut. Jasa beliau, hanya Allah sahaja dapat membalasnya, terima kasih daun keladi.

Kesempatan yang datang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. penulis sudah lama mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke pesta ini. Lagi-lagi apabila pesta ini dipromosikan secara bersungguh-sungguh oleh Saudara Faisal Tehrani, seorang penulis yang yang cukup terkenal di Malaysia, penerima Anugerah Seni Negara 2006.

Begitu ramai yang hadir di pesta ini. Guru, murid, pegawai perpustaan dan ramai lagi menggunakankesempatan ini untuk mencari buku dengan harga yang lebih murah. Pesta ini memang besar dan menempatkan ramai penerbit-penerbit buku untuk sekecil-kecil anak sehinggalah pengajian pelajar kedoktoran. Jika ada masa, singgahlah. Anda pasti teruja.

Apa yang ingin saya cerita adalah, saya telah berjaya menambah dua koleksi karya Faisal Tehrani, dan satu karya Saudara Ramlee Awang Murshid. Saya ada juga mendapatkan karya Faisal yang di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris, dan Insya-Allah, karya ini saya hendak hadiahkan kepada kekasih saya.

Berikut adalah tajuk-tajuk novel yang saya beli dan harganya.

1) The Prau with The Silent Soul (RM 22.50)

2) Cinta Sang Ratu (RM17.00)

3) Manikam Kalbu (RM21.00)

4) Ketupat Cinta [MUSIM PERTAMA] (RM 21.00)

Alhamdulillah, semoga dengan rezeki yang ada, dapatlah penulis menambah ilmu biarpun sedikit. Cuma sedikit terkilan di hati kerana tidak dapat berjumpa dengan Saudara Faisal. Itu semua kerja Allah, yang penting kita harus syukur.

Jumpa lagi…

bannerpestabuku

Advertisements

3 Comments

  1. mrs.mine said,

    Tahniah koz hajat g pesta buku kesampaian…mesti seronok…hee…;)..lagi2 dapat miliki buku Manikam Kalbu yang kita cari2 dulu kan..ehee….
    kita komen kat blog FT, kt kata, musti pakwe sy beli buku ketupat cinta tu..heheh…awak beli jugak kan..ehehe…mmg peminat setia..heheh..tahniah2…
    terima kasih banyak2 di atas pemberian hadiah buku “The Prau with The Silent Soul”…
    sungguh bermakna..

  2. mrs.mine said,

    kita say trima kasih kat awak..tb2 NIZAM sapa tah kata sama-sama awak..hahah…slh blog kali…heheh..

  3. izyan insyirah said,

    ye ke…FT sentiasa berada di pwtc ke sepanjang pesta buku nie? wahhh..bgusnya…btuah awak dapat g sana…sy tkde peluang tahun nie:(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: