Kami mengutuk Israel…

January 8, 2009 at 2:35 am (Uncategorized)

Ya Allah…

Segala puji bagi-Mu ya Allah..

Pujian yang baik lagi diberkatkan…

Kaulah Tuhan sekalian alam…

Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala isinya…

Kau jualah ya Allah yang mentadbir perjalanan siang dan malam silih berganti mengikut aturannya…

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, hamba serta persuruh Allah yang mulia, penghulu segala Nabi, pemberi syafa’at di Akhirat kelak, contoh teladan terbaik, Nabi Akhirulzaman, Nabi Muhammad S. A. W. Dan seluruh kaum keluarga-Nya, para-para sahabat, pengikut-pengikut sahabat, para ulam, para syuhada serta orang yang mengikuti mereka dari masa kesemasa sehingga hari Kiamat…

Hari ini, syaitan Israel masih lagi meneruskan kekejaman mereka. Bom-bom ditabur dari udara menghujani Palestin. Peluru yang tidak bermata pula terus menujah ke dada orang-orang yang tidak berdosa. Sungguh angkuh sekali mereka ini melakukan kekejaman pada mereka yang lemah, pada mereka yang tidak mampu melawan, bacul sekali mereka.

Mereka dilengkapi dengan bom fosforus, kereta kebal, gas pemedih mata dan pelbagai lagi senjata canggih. Sedangkan rakyat Palestin ini hanyalah menggenggam seketul batu untuk dilemparkan. Apalah daya mereka ini untuk menentang serangan dari tentera Israel? Mereka tidak mempunyai makan dan pakai yang cukup, bagaimana pula mereka ingin membeli senjata yang dapat menentang kekuatan Israel? Israel dengan anggkuh tetap menuduh mereka, pejuang Palestin ini sebagai pengganas yang mesti dihapuskan. Dari sebab itu, anak-anak kecil, orang-orang tua serta wanita yang lemah tidak berdaya terus menjadi mangsa.  Saban hari mangsa korban  jenayah perang ini terus meningkat dan terus meningkat. Entah bila seksaan ini akan dihentikan.

Baitulmuqaddis, tanah suci, tanah yang terkandung sejarah Nabi Daud A. S., Nabi Sulaiman A.S., serta ramai lagi Nabi-nabi Allah yang lain. Tanah yang menjadi saksi perjalanan Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad S. A. W. Tanah ini harus dipertahankan, tanah ini harus diperjuangkan untuk mengangkat semula syiar Islam.

64002964dd80c6b6

Di sini saya ingin menyeru untuk bersama-sama  berjuang dengan para syuhada di Palestin untuk mempertahankan bumi Allah yang suci ini dari terus dijajah dan diancam. Nyawa-nyawa manusia yang mereka anggap sebagai murah dan tidak bernilai haruslah ditebus. Israel menghina kita, Israel menghina Islam.

Terima kasih kepada kepimpinan negara, Y. A. B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi di atas tindakan beliau di dalam menentang tindakan Israel terhadap Palesti. Terima kasih juga di atas kepimpinan Pemuda Pas dan Pemuda UMNO yang telah menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada sekutu kuat Israel, Amerika. Dan sekalung terima kasih juga kepad Persatuan Pengguna Islam Malaysia di atas kempen memulau barangan Yahudi. Terima kasih anda semua, jasa anda semua Allah sahaja sebaik-baik pemberinya.

Ingatlah wahai kawan-kawan, apabila belakunya kemungkaran, Nabi berpesan dengan kita untuk menghalangnya dengan anggota, dan jika tidak mampu, disuruhnya menegur denganlidah. Dan jika tidak mampu juga, dbd1c2c71fd3ddae1cukuplah dengan membenci di dalam hati dan itulah selemah-lemah iman. Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri serta rakan-rakan sekalian untuk bangun sebagai saudara Islam membantu saudara kita di Palestin.

Doakanlah keselamatan mereka di sana, jika mampu dan berkesempatan, dirikan solat hajat. Mintalah bantuan dari yang Maha Kuasa, kerana Dia yang mengizinkan sesuatu itu terjadi. Kita umat Islam mempunyai dua senjata. Satu ialah dengan usaha dan yang kedua ialah dengan doa. Maka berdoalah untuk mereka wahai rakan-rakanku.

Ya Allah…

Engkau yang Maha Agung, Engkau yang Maha Kuasa, Engkaulah Tuhan yang menghidupkan dan yang mematikan, Tuhan yang menguasai sekalian alam.

Ya Allah…

Aku bermohon dengan rahmat-Mu ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa keluargaku dan dosa-dosa seluruh umat Islam yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia…

Ya Allah…

Sesungguhnya tanah suci Palestin sedang ditimpa musibah, sedang ditimpa bencana peparangan ya Allah, Kau bantulah agama-Mu ini ya Allah. Kau berilah kemenangan kepada Islam ya Allah, agama yang di bawa oleh junjungan mulia-Mu ya Allah, Nabi Muhammad S. A. W.

Ya Allah..

Engkaulah yang membolak-balikkan hati ini. Apalah kiranya kau satukan jualah hati-hati umat Islam ini dalam menentang musuh-musuh agama-Mu. Kau berikanlah mereka kesedaran dan kekuatan di dalam menjaga agama-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Ya Allah…

Kau utuskanlah sesorang ketua tentera seperti Salahuddin al-Ayubbi ke tanah Palestin, Kau hantarkanlah bala tentera ababil-Mu untuk melindungi al-Aqsa, Kau berilah kesabaran kepada mereka sepertimana sabarnya Sumaiyyah ya Allah..

Ya Allah…

KAU HANCURKANLAH YAHUDI MUSUH-MU!

KAU HANCURKANLAH YAHUDI MUSUH NABI-NABI-MU!

KAU HANCURKANLAH YAHUDI MUSUH AGAMA-MU YA ALLAH!!!

Ya Allah…

Ya Rahman, ya Rahim…

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat untuk ku adu dan Kau jualah sebaik-baik pemberi balasan. Kepada-Mu kami mohon pertolongan dan kepada-Mu jualah kami mohon keinsafan…

Amin ya Rabbal-alamin…

Advertisements

Permalink 1 Comment