Adat Melayu BERBUDI…

December 29, 2008 at 8:00 am (Uncategorized)

 Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya hidup ini terus diperjalankan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, penghulu segala Nabi, Pesuruh Allah, Nabi Muhammad S. A. W. dan keluarga baginda.

Adat Melayu berbudi, seperti kata-kata orang tua,

   Yang kurik itu kendi,

  Yang merah itu saga;

    Yang baik itu budi,

    Yang indah itu bahasa.

 Hamba terasa terpanggil untuk menceriterakan hikayat ini apabila pulang dari program anak angkat baru-baru ini. Dua tahun setengah pengajian hamba di sini, sudah lima keluarga angkat hamba ada.Banyak juga. Itu bukanlah perkara pokok  yang ingin hamba sentuh di dalam entri kali ini. Apa yang hamba ingin tekankan seperti mana tajuknya. Ya! orang Melayu yang berbudi.

Sudah lima keluarga angkat, bermakasud lima ragam keluarga ana sudah tempuhi. Ini tidak termasuk keluarga  ana. Kerana ana ingin sentuh mengenai hubungan pertalian antara keluarga angkat dan anak angkatnya. Hubungan ini tidak ada sebarang pertalian darah mahupun waris pada asal. Hubungan ini adalah hubungan yang dipilih atau ditetapkan secara rawak sahaja.

 “Siapa keluarga angkat kamu? Oh, ini keluarga angkat saya!” adalah perbualan yang sering didengar selepas majlis penyerahan anak angkat. Di dalam otak masing-masing, tergambar seribu satu personaliti ibu dan bapa angkat diramal oleh kita.

“Kenapa bapak angkat aku ni jeling semacam je?”

“Ish, macam garang je mak aku ni!”

“Alamak, abis aku! Kena bangun subuh awal la pasni,”

“Aik, mak aku ni wat dono je ngan aku ni! Aku salah mak angkat ke?”

“Cantiklah! Bapak angkat aku ada Waja, bleh lenjan ni pusing kampung”

 Dan pelbagai lagi perkara yang merawang di dalam benak kepala kita ini termasuk membayangkan sifat anak-anak mereka di rumah nanti.

“Alamak, apsal adik aku lebih besar dari anak gajah!”

Apsal adik aku ni aktif sangat ni? Sawan ape?”

“Garangnya muka abang angkat aku ni, bekas komando kot?”

Tidak kurang ada yang memuji,

“Amboi, cun la adik angkat aku ni! Ada can ni,”

Hensem sei abang angkat aku! Nanti balik nak mintak no tipon a,”

Dan macam-macam lagi. Biasalah manusia, suka menghukum dari memahamikan. Kita sering memberi tanggapan terhadap seseorang itu dari pandangan pertama kita. Mat Saleh ada pesan, “Don’t judges a book by its cover” tetapi kita orang Melayu lagi pandai, bak kata orang tua-tua, “Kilas-kilas ikan di air,  sudah tahu jantan betinanya“, handalkan orang Melayu.

 Biasalah, apa yang di anggap, terkadang betul terkadang silap. Manusia bukan? Tidak boleh lari dari kesilapan. Apabila duduk serumah, makan bersama-sama, tidur, bercerita, memasak, bermain dengan mereka menjadikan perasaan selesa dan tenteram semakin ada di dalam jiwa  kita.

 Mereka, para keluarga angkat ini, sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk kita meskipun kita hanya menumpang di rumah mereaka barang seminggu dua. Adat Melayu berbudi, hasil daripada apa yang ditanamkan oleh Islam. Memuliakan tetamu amatlah disuruh di dalam agama Islam. Dan Alhamdulillah,perkara ini terus subur dikalangan jiwa Melayu ini.

 Kadang-kadang rasa malu pula dengan layanan mereka, mereka terlalu baik. Adat Melayu berbudi, janganlah pula kita lupa pada mereka selepas tamat program ini. Ada masa, ada kelapangan, datang jenguk mereka. Mereka bukan harapkan apa, cuma ingin menumpang gembira melihat kita. Jika tidak berkesempatan, tanya-tanyalah khabar mereka. Cukup menunjukkan kita peduli pada mereka.

Adat Melayu berbudi!!!

Terima Kasih kepada semua keluarga angkat…

Advertisements

Permalink 2 Comments