PPSMI: PRO DAN KONTRA.

November 18, 2008 at 2:28 pm (Uncategorized)

<!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:””; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:#0400;
mso-fareast-language:#0400;
mso-bidi-language:#0400;}

Tekanan demi tekanan telah dibuat oleh para ahli akademik mengenai dasar kerajaan yang melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pihak kerajaan nampak tidak senang duduk dibuatnya dengan penerimaan orang ramai terhadap PPSMI ini. Namun begitu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia tetap mempertahankan dasar ini. Mungkin tindakan beliau ini adalah tindakan yang bijak bagi menggelakkan sesuatu perkara itu diubah dengan tergesa-gesa. Adakah relevan PPSMI ini? Jika relevan, mengapa ia dibantah? Apakah selekah benar bahasa Melayu sehingga tidak boleh diguna pakai sebagai bahasa pengajaran Sains dan Matematik?one_piece_03

Banyak lagi persoalan yang sering dihujani di dalam membincangkan hal mengenai PPSMI ini. Penggunaan bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris sebenarnya mempunayai pro dan kontranya yang tersendiri. Apa yang penulis rasakan adalah kedua-dua bahasa ini mampu digunakan di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Ilmu tetap dapat disampaikan, dan pengetahuan tetap dapat diceduk oleh anak-anak murid. Di desa mahupun kota, apa yang diajar, itulah yang diterima. Jika payah ilmu itu meraka tetap tekuni, jika susah mereka tetap pelajari. Siapa mahu anak mereka terus gelita? Nelayan tua di kampung mahupun pengurus berjaya di bandar besar, semua ingin melihat anak mereka berjaya. Tetapi, sudah tentulah anak-anak di kota ini lebih mempunyai kelebihan di dalam menguasai bahasa Inggeris dan pemahaman sains dan matematik jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di desa.

Apa yang penulis ingin tekankan adalah, PPSMI ini tidak ada masalah dengan kemajuan dan pencapaian pelajar, tetapi apa yang khuatirkan adalah peminggiran bahasa Melayu. Penulis ulang sekali lagi, peminggiran bahasa Melayu. Itulah yang pada hemat penulis perkara yang menjadi igauan para akademik Malaysia dan pecinta bahasa Melayu. Penulis merasakan bahasa Melayu layak digunakan sebagai bahasa pengajaran. Apabila kita menggunakan bahasa Melayu, ini secara tidak langsung menunjukkan sayangnya kita pada bahasa Melayu ini.

Mungkin ada yang mengatakan banyak lagi matapelajaran yang diajar di dalam bahasa Melayu, jadi mengapa perlu risau. Penulis ingin tekankan di sini adalah peminggiran bahasa Melayu. Peminggiran ini bermaksudkan menafikan kuasa bahasa Melayu. Apabila bahasa kita sendiri terpinggir, tidak malukah kita jika kita tidak terasa apa-apa. Hari ini sedikit demi sedikit kita biarkan bahasa kita dicabut fungsinya. Jangan esok apabila orang persoalkan bahasa Melayu, kita melenting. Kita tidak perlu sibuk memperjuangkan bangsa kita, jika perkara kecil seperti ini pun kita tidak terasa apa-apa. Hari ini sains dan matematik, esok lusa kita tidak tahu pula nasib siapa pula disuruh menngunakan bahasa Inggeris. Mungkin parlimen, mungkin mahkamah siapa tahu.

PPSMI mungkin dilihat sebagai satu semangat nasionisme, semangat membina negara. Pada pendapat penulis apabila kita menggunakan bahasa Melayu, kita akan ada satu pakej lengkap, bukan sahaja nasionisme malah nasionalisme, semangat cintakan negara. Apabila kita cintakan negara, secara automatiknya, kita akan berusaha membina negara. Kita juga sebelum ini ini sibuk melaungkan ingin menjadi sebuah negara yang maju mengikut acuan kita tersendiri tetapi nampaknya, ia hanyalah palsu. Oleh kerana teruja menggejar kemajuan, kita menggadaikan bahasa. Semua orang tahu bahawa matematik dan sains ini adalah tapak bagi kemajuan pada zaman moden ini. Kita pula inginkan tapak yang cenderung dengan bahasa Inggeris.

Biarlah bahasa Inggeris terus kita belajar di dalam bahasa Inggeris seperti man matapelajaran bahasa Jepun dan bahasa Perancis yang di ajar di sekolah-sekolah berasrama penuh contohnya. Jika mahu kuasai, ia tidak salah malah diajak lagi untuk mempelajarinya. Tetapi janganlah kita pinggirkan bahasa kita semata-mat tidak mahu ketinggalan di dalam kemajuan.

Rakyat hanya boleh bersuara, tetapi yang menzahirkan hasrat adalah ahli politik yang berkuasa. Jika kita kata negara kita adalah negara demokrasi, maka lakukanlah perubahan ini demi rakyat. Senguhnya demokrasi itu adalah dari rakyat lahirnya dan kepada rakyat jugalah mereka berkhidmat. Kami percaya kepada kerajaan, kami percaya kepada perubahan. Semoga bahasa Melayu terus kukuh dipersada dunia, semoga bahasa Melayu terus utuh di dalam jiwa bangsa.

Timbalan Presiden II

Pers. Mah. Anak Johor (PERMAJ) 2007/2008

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Advertisements

Permalink 5 Comments