Selamat Hari Raya…..

September 18, 2008 at 4:32 am (Uncategorized)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin!!!

Dari

Zulhilmi dan Isteri

Advertisements

Permalink 6 Comments

Sembilam hari selepas sambutan Merdeka…

September 9, 2008 at 2:00 am (Uncategorized)


st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
<!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:””; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;}

Sudah 51 tahun bumi Malaysia ini subur dengan pohon kemerdekaan yang disemai oleh pejuang-pejuang pembebasan dahulu. Pohon yang memayungi bumi Malaysia ini disokong kuat oleh akarnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, budaya dan bangsa. Walaupun diserang pelbagai penyakit dari dalam dan ancaman perosak dari luar, pohon ini tetap tegap berdiri disokong oleh rakyatnya. Malysia negara yang bertuah dan liberal sekali. Biar berlainan agama dan berbeda bangsa, rakyatnya tetap hidup aman dan bahagia. Sultan menjadi lambang kedaulatan Negara kita yang tercinta. Bahasa Malaysia pula adalah bahasa yang dituturkan oleh kita semua, Melayu, Cina, India, Iban atau apa sahaja kaum di Malaysia berhak menggunakanya.

Definisi merdeka tidak ada noktahnya. Ada yang mengatakan mereka merdeka apabila bebas dari penjajah dan ansir luar. Ada juga yang mengatakan kita merdeka apabila berumur 21 tahun, umur di mana mereka bebas pergi ke mana sahaja dan bebas melakukan apa sahaja. Apa sahaja definisinya, kata kunci yang memberi maksud merdeka adalah bebas. Kebebasan adalah suatu perkara yang tiada tolok harganya. Hasil dari perjuangan tokoh pembebasan merdeka ini dapat kita rasai 51 tahun lamanya. Dari kanak-kanak ke dewasa, tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, semua haruslah menghargainya.

Di dalam pembikinan Malysia hari ini, pelbagai corak dan warna telah menghiasi sejarah negara kita. Dari jatuhnya bumi Melaka sehingga berdiri megahnya kota Putrajaya, kita dapat lihat pelbagai kejayaan dan kesedihan telah tempuhi. Bumi ini pernah berdarah semula selepas merdeka. 13 Mei 1969, satu tarikh hitam yang sentiasa menjadi igauan penduduk Malaysia. Rentetan dari peristiwa itu, para pemimpin negara tidak jemu memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.

”Perpaduan asas Kejayaan”, tema bagi sambutan kemerdekaan bagi tahun ini. Tema ini menekankan kekuatan perpaduan sebagai titik mula bagi sesuatu kejayaan. Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum perlu menghormati antara satu sama lain. Rakyat Malaysia, rakyat yang tidak pernah meletakkan perbezaan kaum itu sebagai sesuatu yang menghalang kita dalam berkerjasama membentuk kejayaan. Tun H. S. Lee dan Tun Sambathan merupakan dua orang tokoh bukan Melayu yang bersama-sama di dalam episod sejarah kemerdekaan negara kita. Mereka bekerja tanpa memikirkan perbezaan bangsa, apa yang penting adalah kebebasan negara.

Mendapatkan kemerdekaan bukannya mudah, tetapi tugas ini sudah pun diselesaikan oleh tokoh-tokoh perjuangan dahulu. Dari Rentap, Mat Kilau, Dato Bahaman sehinggalah Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, merekalah yang berhempas pulas membebaskan Malaysia dari penjajah, baik menggunakan pedang mahupun pena, tidak pernah terlintas untuk mereka menggalah dan berputus asa. Sekarang tugas kita sebagai bangsa merdeka adalah untuk mengisi kemerdekaan ini. Para pemimipin negara, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Muhammad dan disambung oleh Datuk Seri Abdullah tidak pernah jemu untuk mempertahankan negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia, tanyalah pada diri sendiri, apa sumbangan yang pernah kita beri pada negara. Tepuk dada, tanya akal. Salam merdeka…

Permalink 1 Comment

Lagu Siti…best gile!!!

September 3, 2008 at 8:38 am (Uncategorized)

Permalink 1 Comment

Resepi Kuih Raya: Batang Buruk Sarawak

September 2, 2008 at 8:07 am (Uncategorized)


Bahan-bahan:

Untuk kulit
satu bungkus kulit popia(saiz besar)
sebiji telur(putih sahaja-untuk melekatkan kulit)
minyak untuk menggoreng

Untuk inti
½kg kacang hijau
½ gelas gula
1 paket susu tepung

Cara-cara:

(kulit)
kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.gulung menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapat bentuk silinder.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak.

(inti)
kacang digoreng tanpa minyak.kemudian,kisar kacang itu sehingga halus dan ayak sehingga menjadi tepung.di bahagian lain,kisar gula tadi.seterusnya,gaulkan tepung kacang hijau,gula halus dan susu tepung.akhir sekali,masukkan inti yang telah digaul tadi ke dalam kulit yang telah digoreng.

inti lebih melekat pada kulit jika kulit masih panas semasa memasukkan inti.tepung kacang buatan sendiri lebih original daripada yang dibeli di pasaraya(ditambah tepung).

Permalink 1 Comment

Not For Sale, Display Only!

September 2, 2008 at 7:52 am (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

Selamat Berpuasa…

September 1, 2008 at 3:36 am (Uncategorized)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan…

Alhamdulillah, syukur kita sekali lagi kerana dipertemukan dalam hidup ini bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, dimana ditutup semua pintu neraka, dibuka pintu-pintu syurga, digandakan amalan pahala, dibelenggu para syaitan durjana dan bulan yang mana terkandung malam yang lebih baik dari seribu bulan. Semoga beruntung mereka yang mengerjakan kebajikan di bulan ini.

Hari pertama Ramadhan tahun ini, teringat sewaktu bersahur di rumah bersama keluarga. Pagi tadi tersedar sudah pun waktu imsak. Sempatlah meneguk air mati dan menjamah 3 biji kurma, Alhamdulillah.

Hari pertama ni teringat kat tempe pulak. Waduh! teringat juadah di rumahlah ni. Harap-harap kawan-kawan yang balik ke kampung ada membawa bekalan untuk santapan berbuka nanti, hahahaa….

Semoga kita beroleh kemenangan di dalam Ramadhan ini…

Permalink Leave a Comment