From Sepi

June 27, 2008 at 1:43 pm (Uncategorized)

Advertisements

Permalink 1 Comment

Aku Punya Kamu (Faizal Tahir)

June 26, 2008 at 5:03 am (Uncategorized)

so nice…

Permalink Leave a Comment

Sampai Syurga (Faizal Tahir)

June 26, 2008 at 3:40 am (Uncategorized)

Love this song…so sweet!!!

Permalink Leave a Comment

Itali dipalit kecewa tanpa kelibat Cannavaro

June 4, 2008 at 3:54 am (Uncategorized)

VIENNA: Juara Piala Dunia, Itali mendapat tamparan hebat pada saat-saat terakhir apabila kapten pasukan, Fabio Cannavaro disisihkan daripada Euro 2008 selepas mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki, kelmarin, menurut badan induk negara itu.

Tonggak pertahanan berusia 34 tahun itu bertembung dengan Giorgio Chiellini pada sesi latihan pertama di Austria dan penyingkirannya itu disahkan selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

Alessandro Gamberini dipanggil sebagai pengganti dan akan tiba di kem latihan skuad itu berhampiran Vienna, hari ini.

“Fabio Cannavaro terpaksa mengucap salam perpisahan kepada Euro 2008,” kata kenyataan di laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Itali.

Membuat 116 kemunculan, Cannavaro adalah tonggak utama benteng Itali dan dipilih selaku Pemain Terbaik Dunia 2006.

Namun, dia lebih perlahan dan kerap melakukan kesilapan sejak berhijrah ke Real Madrid daripada Juventus selepas kejayaan Piala Dunia itu.

Tempatnya, dalam skuad Itali tidak pernah dipertikaikan tetapi kemunculan bek tengah, Andrea Barzagli – yang mempamer aksi meyakinkan untuk Itali tahun lalu – sekurang-kurangnya mengurangkan kesan ketiadaannya kepada jurulatih, Roberto Donadoni.

Bek kental, Marco Materazzi, juga ada dalam skuad ketika Chiellini dan Christian Panucci juga mampu beraksi di posisi bek tengah.

Penjaga gol, Gianluigi Buffon mungkin jadi pilihan menggantikannya selaku kapten dengan pemain tengah, Gennaro Gattuso serta Massimo Ambrosini mungkin juga dipertimbangkan.

Skuad juara Piala Dunia itu tiba di Austria, kelmarin. Itali akan menentang Belanda pada aksi pertama Kumpulan C di Berne, Selasa nanti, sebelum bertemu Romania dan Perancis. – Reuters

 

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Sukan/20080604073134/Article/index_html

Permalink Leave a Comment