Long distance….

May 27, 2008 at 11:18 pm (Uncategorized)

Ini David Beckham…

Ini pula Xabi Alonso…

Mane best???

papepun dua-dua memang power…

 

opppsss…ni lagi power

Malaysia mari tu…

Advertisements

Permalink Leave a Comment

Los dan Faun

May 27, 2008 at 12:06 pm (Uncategorized)

Istimewa dari Afdlin…

Permalink Leave a Comment

Karya Hebat, bacalah…

May 27, 2008 at 11:16 am (Uncategorized)

‘Domam’

Beberapa tahun lepas saya menulis sebuah cerpen secara ‘main-main’ dengan turut menyentuh soal Pulau Batu Puteh, mulai sekarang dipanggil Pedra Branca. Sempena ‘meraikan’ keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura saya siarkan semula cerpen tersebut di sini. Menurut Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim keputusan ini menang-menang. Menurut saya: “Eh ekau domam ko apo?”

SONATA MUSIM TENGKUJUH
OLEH FAISAL TEHRANI

INI babad Cik Siti Mustika lagi. Pernah pacal riwayatkan tidak berapa lama dahulu kisah bagaimana seorang gadis mustika dari pedalaman tatkala kemuncaknya zaman kesultanan Melaka gigih memperjuangkan bahasa Melayu menerusi lagu-lagu irama Melayu yang segar hingga menakluk hati Sultan dan Permaisuri dan menjadi tersohor seisi Asia lantaran suaranya yang memukau dan boleh menyebabkan hari hujan menjadi teduh, hari mendung menjadi cerah jika kedengaran dek alam suara Cik Siti Mustika menyanyi beberapa bait sahaja dari irama dondang sayang.

Sesudah beberapa tahun terus-terusan menyanyi berolehlah Cik Siti Mustika kemewahan melimpah ruah tidak terkata dan kemasyhuran yang tiada tolok bandingnya.

Pemerintahan Sultan Mansur pun menempah kegemilangan luar biasa lagi mempesona sehingga bangsa Melayu Melaka itu menjadi semacam diwangsa di seluruh jagat semesta.
Kehebatan Melaka dan Cik Siti Mustika tidak dapat diputuskan. Buat beberapa lama Melaka bangga memiliki Cik Siti Mustika, Cik Siti Mustika pula bangga berasal-usul dari Melaka.

Pada ketika itu timbullah satu gerakan baru di kalangan segelintir penentang Sultan yang melihat adanya Cik Siti Mustika bermakna kekalnya kegemilangan Melaka.

Penentang-penentang Sultan ini telah bersepakat dengan sebuah kerajaan kecil yang agak jauh dari Melaka dan tidak dapat dikawal dengan baik oleh Laksamana Tuah kerana sibuknya dia menggoda Tun Tijah dan bergomol dengan macam betina lain. Argh tuan-tuan bukan tidak tahu perangai Tuah itu bagaimana, tak perlu pacal memanjang-manjangkan perkara! Adapun kerajaan kecil tersebut tidak lain tidak bukan ialah kerajaan Temasik.

Penentang Sultan berfikir jika Cik Siti Mustika merosot keupayaan menyanyi dengan penuh gemersik itu tentu sahaja Kesultanan Melaka hilang salah satu keajaibannya. Maka penentang-penentang ini pun menganjurkan berbagai-bagai pertandingan nyanyian dengan alasan, ‘Alangkah aibnya Melaka bergantung cuma pada satu suara sedang bakat kita masih banyak tak tercungkil.’

Maka bekerjalah penentang-penentang Sultan ini mencari penyanyi baru yang dapat menandingi kemerduan suara Cik Siti Mustika. Dalam masa yang sama Temasik membuat onar dengan menghantar beberapa gerombolan soldadu menduduki sebuah pulau kecil di tengah laut yang penuh dengan batu-bata sahaja. Raja Temasik menghebah kepada semua, bahawa inilah pulau sekangkang badak yang menjadi hak mereka, maka jangan ada mana-mana kesultanan pun mengaku ia adalah miliknya.

Adapun pulau yang dinamakan Putih Puteh itu berbatu-batu, kecil sahaja, malah tidak munasabah langsung jika ada dua kerajaan merebut pulau yang tidak sebesar mana itu. Akan tetapi hakikat bahawa ia tidak jauh dari perairan Mersing yang tunduk di bawah kekuasaan Melaka, menjadi bukti ia adalah sebuah pulau milik kesultanan Melaka.

Di Melaka penentang-penentang Sultan telah mencungkil dua orang penyanyi baru yang dijangka dapat menumpaskan kehebatan Cik Siti Mustika. Muslihatnya mudah, penyanyi ini akan menyingkirkan Cik Siti Mustika dari segi kehebatan menyanyi dan kala ini berlaku peminat Cik Siti Mustika akan berkurangan. Penentang Sultan akan mengisyhtiharkan pengaruh Sultan sudah terhakis kerana Sultan Mansur pernah mendakwa, ‘Adapun pengaruh beta adalah pengaruh Siti Mustika.’

Kempen jahat menewaskan Cik Siti Mustika itu dinamakan ‘Ada Apa Dengan Cik Siti’. Isi kempen itu ialah Cik Siti merupakan lambang feudalisme. Pendewian berlebihan terhadap Cik Siti Mustika adalah menjelekkan dan baginda Sultan telah kabur matanya oleh Cik Siti Mustika yang sebetul-betulnya seorang ahli sihir, seorang bomoh yang telah menyembelih beratus-ratus ekor angsa tanpa kepala di atas bumbung istana dan menggulung kain kuning dan menyelit di celah baju dalam untuk membodoh-bodohkan Sultan sehingga baginda sanggup berhabis berapa pun wang yang ada demi memuaskan hati Cik Siti Mustika.

Kempen terhadap Cik Siti Mustika itu didalangi oleh beberapa orang Jawa yang mencanangkan betapa Cik Siti sedang menggunakan bakat yang ada untuk mengaut keuntungan. Menyanyi cincai jangan tidak dan mengenepikan mutu untuk mensihir pandangan mata dan hati masyarakat. Apatah pula, majikan Cik Siti itu orangnya Tionghua dari Yunan yang bukan fikir sangat tanggungjawab nusa bangsa tetapi lebih kepada mahu memerah tenaga dan suara Cik Siti Mustika supaya dapat menghimpun lebih banyak wang, wang, wang dan wang…

Bakat baru yang dikatakan dapat menumpaskan Cik Siti itu dari mongmongan orang, seorang daripadanya berasal dari Gua Musang. Ada pun tatkala ditanyakan orang apakah Nik Mesah Nik Omar ini dibesarkan di Gua Musang, maka menjawablah Nik Mesah, ‘Ya saya dari Gua Musang.’ ‘Adakah Nik Mesah didewasakan di Gua Musang’, maka Nik Mesah menjawab, ‘Ya, saya dibesarkan di Gua Musang. Pendek kata saya tak pernah datang ke kota Melaka sebelum ini. Inilah pertama kali saya diundang menyanyi di luar Gua Musang.’ Kemudian apabila ditanya lagi apakah Nik Mesah boleh bercakap dalam loghat Kelantan dan memakan budu bila berbuka puasa, Nik Mesah telah menjawab, ‘Ambo tak reti cakap Kelantan. Sikit-sikit sangat saja. Ambo benci makan budu.’

Kerana keceluparan mulutnya yang buat-buat hebat dan konon-konon berwibawa, orang Melaka naik meluat pula meskipun suara Nik Mesah itu boleh dikatakan hebat juga. Ini kerana orang Melaka meskipun terdedah dengan bermacam jenis bangsa manusia di dunia dan sudah mendengar berbagai-bagai irama lagu, tetap orang Melaka itu suka memakan cencaluk, memakan inang dan menyudu tahi minyak sebagai makan minumnya. Maka jika ada sesiapa yang cuba-cubaan menjadi gadis kota, amat segera menimbulkan rasa meluat di hati mereka.

Seorang lagi bakat, malas pacal menjela-jelakannya. Cukuplah pacal katakan dia seorang gadis orang asli dari kaki Bukit Tampin yang kurang mancung hidung bernama Dang Bedah. Dang Bedah ini menurut kata orang pernah belajar menyanyi di Afrika, kerana itu ia boleh menyanyi seperti orang Negro tetapi penampilan Dang Bedah dengan rambut celup inai, bertopi bulat leper dan menyanyi meneran dengan sedikit sengau menyebabkan orang Melaka bertambah meluat.

Kempen menjatuhkan Cik Siti itu nampaknya tidak berhasil. Adapun Sultan telah begitu murka kerana Raja Temasik menempatkan askar laut di pulau Putih Puteh. Raja Temasik pula gemar amat mengeluarkan kata-kata yang menghiris kalbu Sultan Mansur. Setelah beberapa kali gagal berunding, bersetujulah Raja Temasik untuk memutuskan hak pentadbiran itu menerusi satu pertandingan nyanyian.

Betawi sudah bersetuju menjadi tuan rumah untuk pertandingan yang bermotif politik tersebut. Temasik akan diwakili oleh seorang penyanyi jelita yang menurut cerita seorang bomoh yang pintar. Penyanyi yang juga bomoh ini namanya Asiah. Tidak banyak yang dapat diketahui tentang Asiah. Dia ini seorang perempuan Melayu yang bertindik di pusat dan putingnya, itu sahaja maklumat yang ada. Oleh kerana dia berasal dari Temasik, maka orang Melaka tahu dalam diam, Asiah ini tentu sekali minum air jamban meskipun tidak makan babi.

Apabila tiba hari, Cik Siti Mustika pun menyanyilah sebuah lagu untuk menunjukkan kehebatannya. Adapun judul lagu itu sedikit aneh dan dicipta oleh seorang saudagar Korea bermata sepet dengan iras-iras Won Bin dan diberikan kepada Cik Siti Mustika ketika ratu seni suara itu berkunjung ke Korea. Menurut sumber yang dipercayai, saudagar seiras Won Bin itu jatuh cinta dengan Cik Siti Mustika langsung mencipta sebuah lagu berjudul Sonata Musim Tengkujuh. Kala Cik Siti Mustika menyanyikan lagu tersebut banyaklah orang melalak mengungu-ngugu mendengar lagu yang sedih pilu.

Asiah yang dikatakan orang, bukan sihir biasa itu menyanyi sebuah lagu berentak rancak sambil mengibas-ngibas ekor kain berwarna kuning nenas dan menghentak-hentak tongkat seperti lagaknya tukang sihir Firaun sahaja. Lagu yang dinyanyikan Asiah itu bagaimanapun tidak ada judul.

Juri bagaimanapun tidak mengalami kesukaran untuk memutuskan penyanyi manakah yang baik. Mereka telah memilih Asiah dari Temasik.

Maka terkejutlah seisi Nusantara kerana jelaslah juru-juri nyanyian itu teramat keliru dengan sistem mata. Kekeliruan itu dikatakan berpunca dari sihir Asiah dan sisa tangis mereka yang mengaburkan mata lantaran pilu dan sebak teramat mendengar lagu Sonata Musim Tengkujuh. Juri-juri sendiri semua mengaku mereka tidak mengundi Asiah dan merasa hairan mengapa Asiah pula yang menang kerana jelaslah suara Asiah itu ringkas dan lagu rancak yang dinyanyikan biasa-biasa sahaja. Raja Betawi yang juga tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah memaksa juri-juri ini membuat penilaian semula.

Tetapi Raja Temasik mengelak dan mendakwa keputusan adalah muktamad. Putih Puteh akan menjadi hak Temasik. Sultan Mansur Syah yang sangat marah dengan kekeliruan ini telah mendesak kes tuntutan Putih Puteh di bawa ke pengadilan antarabangsa yang sehingga hari ini masih tidak dapat memutuskan siapakah berhak ke atas pulau sekangkang badak yang hanya penuh batu-bata sahaja. Sesungguhnya rakyat Melaka keliru kerana Pulau Temasik itu sendiri hak Melaka, maka kenapa pula Putih Puteh bukan menjadi haknya?

Inilah babad yang pacal ingin kisahkan. Ia tidak ada kaitan dengan sesiapa melainkan dongeng suka-suka.

#karya faisal tehrani, bernas dan panas, ringkas dan keras, bacalah sendiri di tehranifaisal.blogspot.com

Permalink Leave a Comment

time to change…bertukar!!!!

May 27, 2008 at 10:39 am (Uncategorized)

heeeee…hai!!!

Assalamua’alaikum sume…

saje je tukar page, ni datang permaj sat…setelah lama bercuti, datang ukm sat… lepak sini dalam 2,3 ari ke…nak anta soal selidik tu, heee!!!!

apepun semoga hepi2 selalu!

Permalink Leave a Comment

Manusia Lupa

May 27, 2008 at 10:23 am (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

Tombo Ati (Ubat Hati)

May 27, 2008 at 9:45 am (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

Big bang…

May 20, 2008 at 5:29 am (Uncategorized)

Pengumuman Keluar Dari UMNO

 

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

#who’s next?

Permalink Leave a Comment

kepahitan jadam…

May 20, 2008 at 5:23 am (Uncategorized)

hampeh…haram…hampagas…

Assalamua’laikum sumer…

ketensenan demi ketensenan menerjah minda ni, kusut busut sume ade a….bengang gile bile kite datang ngan sopan tapi, tapi ditolak mentah2 krn muke macam orang gores dan menang.

ni sume sebab wat indeks belia malaysia a ni…susah gile nak cari kaum lainjawab soalan ni…pihak institiut pun satu…wat la dwi-bahasa ke…bahasa cine pny versi ke, india pny versi ke…takla diorang ni tak paham soalan2 tu…last2, aku yang kene reject…tensen sei!!!

ape pun tu sume pengalamn kan,hehehehe…..

ikut ati nak je stunner sorang2, bukan aku mintak duit pun,hehehehe…

ape pun…

sabar……………………

Permalink Leave a Comment

cuti….CUTI..CuTi…cUtI…CUti…cuTI..CutI…cUTi

May 13, 2008 at 7:02 am (Uncategorized)

Assalamu’alaikum sume…

hai!!!da lame tak on air…on air ke???hehehe..ape-ape jelah. janji rock. besalah, umah takde internet. so kalo ade mase je la pegi cc. cc terdekat pun dalam 20 minit dari umah, tu yang kekadan malas nak bukak tu.

nway skang time cuti, da lame tak dapat berehat kat umah. bayangkan a dari raye cine sampai a la ni. da macam orang sabah sarawak da. cuti panjang ni juge berjaye menempe sejarah apabila aku berjaye bawa WRA aku balik,hehehe… da macam ape da ari tu, naik motor je, tapi bawa barang kalah orang naik bus.

setakat ni aktiviti cuti aku berkisar tentang soal selidik Institiut Pembangunan Belia Malaysia. banyak woo… nak 50. nampak macam sikit, tapi banyak lak pecahannye…india lain, lelaki lain, luar bandar lain, bawah 25 lain…tensen gak a dibuatnye… lagi tensen dengan orang kaum lain. ye la kekadang die orang bukan faham ngan ape yang kite nak, so die trus tolak tak nak..tensen ma…tapi dari situ dapat macam2. kene bertahan sampai la 20 ni…berdesing gak a telinge ni..hihihi. selamat dibayar

ingat cuti ni nak keje 7-e, tapi tak tau a dapat tak. die kate kat segamat nak cari orang, tapi kalo kat segamat aku malas a..jauh tu, 45 minit duk atas moto je. membaziaq, baik aku tabur baje kat kebun, hehehehe..

cuti ni ramai kawan-kawan LI, hohoho, mesti macam-macam pengalaman dapat, tapi kau rase tak banyak keje pun. diorang blom yakin ngan korang lagi,hehehe…ape la aku ni, dak-dak FPEND tahun satu sume mrase pra-praktikum, mesti bosan gile…hahaha. padan muke korang!

dak-dak yang lahir tahun 1990 sume ngah sibuk daftar utk jadi student pra-U (tak tahan istilah). baik form 6 mau pun matri. ape-ape pun abang nak pesan (abang??? yurrkks!!), jage diri dan maruah. lagi-lagi kaum hawa ni. da besor-besor ni (cam orang Muar) mak bapak da tak jage sangat da cume mintak report je seminggu skali, so pandai-pandaila jage diri. hanye iman dan takwa je lah yang mampu guide korang.

k la, tak bleh benbnyak, ingat cuti ni nak try menggarang a, menggarang cite “HOT”! hehehehehe… ape pun, tunggu!!!

semoga ALLAh pelihara Malaysia.

semoga kita perlihara hak ALLAH.

 

Permalink 2 Comments

May 6, 2008 at 7:17 am (Uncategorized)

Technorati Profile

Permalink Leave a Comment

Next page »