mochacinoz ‘d’ crunhcie

March 31, 2010 at 3:47 am (Uncategorized)

Assalamualaikum..

ye…bersame dgn saye pade hari ni tuk bersama2 mebuat air yang sedap sekali ye tuan2, resepi kite ari ni adalah…..mochacinoz ‘d’ crunchie ye…kalo dlm bhas melayu die….neslo ais berempah…(er!!!same ke ek?)

bahan-bahannya,

3 1/2 sudu teh milo

1/4 sudu teh nescafe arabica

dan susu skik ja…

ok…saye gune cawan berisipadu 0.3 l (badan besar, cawan pun besar,hehehe)

cara nak buek dio…sonang jo. ok! memula bc Basmallah, pastu campur milo ngan nescafe tu. pas tu ltak susu tu kasi tutup milo ngan nescafe tu, tak yah bnyk2, milo da manis da…pastu ltk air pans dan ltakkan ais…pergghhh!!! time ni pun da cukup sdap da kalo minum, tapi tggu dl, ade final touch sblm minum…

dapatkan sebungkus (atau ikut suka anda) bisku oat krunch keluaran munchy’s

yg ni…pkai yg dark coklat pny, mmg terase momentum die…perggghhh….k2, kasi hancur ini biskut, pastu kasi tabur juga….

hasil die…. tara………

pastu time nak minu…anda kacau2, kacau dan kacau2…pastu minum a, perghhhh!!! best oo…siyes lagi jimat dan sedak…

kalo nak rase kopi kuat, hangpa tambah a nescafe lebih, nak rase coklat lbg, ltak milo lbh…pndai2 la hangpa oter…tu best kalo wat air sendr…ikut selera masing2 kan…hehehe, slamt menchoba….ba…ba…ba…

Permalink 6 Comments

Buah tangan dari Pesta Buku

March 28, 2010 at 12:23 am (Uncategorized)

Assalamualaikum…

Semalam kite da tgk ‘atmosphere’ di pesta, ari ni kite nak tgk hasil shopping aku di pesta buku plak, jom zassss…..

Baju-t exsklusif, Manikam Kalbu,putih, RM 30.00, puas ati ooo…ni la baju yg kiut tu, sm kiut kan ngan aku…

Mikhail dan Cinta Sufi, dijual ngan harge RM 16.90 smalam,…laris gile Cinta Sufi, tak sempat nak susun kat rak beb…

Zul + Saini, 27.03.2010,heeeeee…best2

Detektif Indigo Kembali dan Bahlut…Bahlut ni karya terbaru FT, Detektif Indigo ni da siri-3 da…Detektif Indigo Kembali , RM16  dan Bahlut, RM23…

Tanda tgn jawi gitu Saudara FT kite…trimas

Pepun, syukur, ALhamdulillah dapt gak aku koleksi2 mcm ni…hehehe, k la,chow!

Zulhilmi

Permalink 3 Comments

Pesta Buku KL…

March 27, 2010 at 2:42 pm (Uncategorized)

Assalamualaikum…

waaaa, Alhamdulillah, hepi betul hari ni, dapat berjumpe dgn 2 org penulis yg sangt aku sanjungi dan minati… Saudara Ramlee Awang Murshid (RAM) dan juga Saudara Faisal Tehrani (FT)….hehehehe, sangat2 teruja, lbh teruja dari berjumpe dgn artis, hahahaha…sangt nervous, cuak dan sebagainya….hahaha

Mula samapai je Putra Place, dlm Mall tu, g a cucuk duit, Nauzubillah ramai, hahaha, so sape nak dtg , bawak a duit cukup2 e…

Pastu, perut pun da berkeroncong, dlm jam 12 lbh gak kot, jln nak g makan, slisih ngan FT,hahaha….sangt teruja dpt jumpe FT di depan mata…

Sbb ramai gile org kat situ, aku ngna Din pun wat keputusan, beli roti ngan air tin je,lepak jap, kasi abis penat baru la start pengembaraan…hehehe

Pastu, jalan pny jalan, jumpe la ruang pameran karangkraf, ni pun same, humakaih, ponuh eh…bersosak-sosak, nak cari buku RAM, Cinta Sufi dan Mikhail. Tgk ada org pgang Cinta Sufi, tapi kat rak da clear, hampe….slamat a ade abg tu teriak, “Cinta Sufi! Cinta Sufi!” ape lagi, pusing 360 darjah, terus tuju kat bro tu, setel! Pastu tny die Mikhail ade g tak, die cakap da abih,duh! keciwa g, tapi aku  try g kat ptugas yg lain, aku tny a kat die, die cari2, jumpe….hehhehe, senyum lebar aku…

Time nak bayar, biase a, sosak beb…

Time tgh bratur tu, ade akak  tu perkenalkan diri die dr RAM FC, die kate RAM ade kat tmpt nak mintk otograp,aku pe lg, pucuk dicita, ulam, mangga, itik ayam aku blasah…zasssss….

Saudara RAM, time kasih bos…

Berdua lbh baik,hehehehe….

Pastu, misi diteruskan dgn mencari gerai ameen kreatif lak…jln2, jumpe… hehe, apa laei, angkt buku FT lak a, tp FT takdo. aku pun g la solat dulu, pastu turun kat bawah, tgk plancaran buku2 terbitan ameen kreatif…

Pas abis pgrm pelancaran, tak sabo beb nak mintk tnd tgn…hehe, pas berebut, dpt a t/tgn kat novel Bahlut dan novel Detektif Indigo Kembali, best2…

Smart gak bj yg Saudara FT pkai, t-shirt ni dijual time ni je, cover Ingin Jadi Nasrallah,sempena karya FT, himpunan2 puisi dan gambar FT…

Tapi aku angkat bj cover Manikam Kalbu, heheh, gmb kucin, kiut, mcm aku,hahaha…

abaikan background tu ye…

heheh, ape pun syukur pd Ilahi krn rezeki-Nya, dpt aku jumpe penulis2 yang hebat ni,insya-Allah, ada mas, aku tunjuk lak buku2 yg di tanda tgn tu ye…

Smg rahmat melimpah kpd setiap penulis2 yang memperjuangkan agama Islam dan mereka yg meperjuangkan kebenaran…

Zulhilmi

Permalink 4 Comments

cheritera 1

August 6, 2009 at 2:10 pm (Uncategorized)

Situasi 1

“Assalamualaikum kelas! Hari ini ini saya nak lihat kamu punya kerja rumah Fizik yang saya berikan kelamarin.  Masing-masing sila keluarkan buku latihan ya,” pinta Cikgu Nur.

“Cikgu, Azman tak buat Cikgu,” pekik Ahmad, budak yang agak debab,  selalu sahaja menjadi mat pot.

“Betul Azman kamu tak buat? Kenapa dengan kamu ni, apa yang saya suruh tak pernah kamu buat. Kamu nak saya bawak kamu jumpe pengetua ye?” melauap-luap marah Cikgu Nur.

“Maaf Cikgu, saya tak sempat buat. Saya tolong mak saya berniaga Cikgu,” rayu si Azman, tertunduk malu, melihat lantai, mengira nasib yang akan menimpanya di dalam beberapa detik akan datang.

“Ah, alasan itu semua!” hamun Cikgu Nur seraya melayangkan penamparnya.

Paaapp! Merah pipi Azman  bebekas tangan Cikgu Nur.

“Kamu pergi kebelakang, buat dan siapkan!” jerkah Cikgu Nur.

Terpisat-pisat Azman mengambil bukunya. Hari itu tercalar maruahnya.Rakan-rakan sekelas memerhatikan dengan pandangan kesian. Mereka kenal Azman, seorang budak yang baik, cuma sedikit ketinggalan di dalam akademik kerana kemiskinan keluarganya. Dia rajin cuma kurang masa. Anak sulong, sudah tentu dia menjadi tempat adik-adiknya bergantung.  Bapanya entah ke mana menhilang. Kali terakhir dia melihat bapanya sewaktu adiknya yang kecil, Siti dilahirkan. Selepas itu hilang entah ke mana. Ibunya, Mak Milah, seorang yang cekal dan tabah. Orang kampung sibuk mengatakan suaminya itu lari mengikut minah Indon bernama Kartika tetapi dipekakkan sahaja telinga mendengar cerita itu.

“Bangun kelas! Terima Kasih Cikgu Nur Aina!” Jerit Mohd Hamid, ketua tingkatan 5 Coklat.

Cikgu Nur berjalan menuju ke kantin selapas melangkah keluar dari makmal. Sambil berjalan, beliau memikirkan tidakan yang diambil ketika di dalam kelas tadi. Perasaan menyesal mula membunga. Hari itu dirasakan tidak kena baginya sejak awal pagi lagi. Kemuncaknya dia hilang sabar dan terus menampar muka Azman. Tidak pernah terlintas sebelum ini untuk dia bertindak sedemikian, tapi nasi sudah pun menjadi bubur.

“Kenapa menung sahaja cikgu? Teringatkan buah hati ya? Cikgu nak minum apa?” sakat Angah, pekerja kantin.

“Eh, ada pula kamu ni Angah! Beri saya macam biasalah, milo ais ya,” Cikgu Nur tersenyum sipu.

“Hai Nur! Seorang sahaja?” sapa Cikgu Robi.

“Ya kak. Baru habis kelas ke?” balas Cikgu Nur.

“Tak, baru lepas jumpa Tuan Pengetua tadi. Kelas pukul 11.50 nanti. Kamu kenape ni Nur, muram sahaja? Murid kamu buat hal ya?” teka Cikgu Robi.

“Biasalah kak. Azman dari kelas 5 Coklat,  dia buat saya geram tadi. Saya hilang sabar, terus saya tampar muka dia. Sekarang bila sudah sejuk sikit, kesian pula saya ingat balik dekat dia. Dia orang susahkan kak?” tanya Cikgu Nur ingin tahu.

…bersambung

Permalink 1 Comment

Kepingin…

April 24, 2009 at 2:06 pm (Uncategorized)

hamka

Bila membaca karya-karya Faisal Tehrani dan juga Ramlee Awang Murshid, hati bagai berbisik untuk memcari buku-buku mereka yang lain. Lain dan berbeza. Mereka membawa ke lembah ilmu, lembah ilmu yang dalam dan mendekatkan diri ke Rabbul-Jalil.

Tapi apa yang saya lebih teringin sekarang adalah membaca karya Allahyarham Buya HAMKA, atau nama sebenarnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Buya merupakan seorang ulama terkemuka dan pengkarya yang disegani. Insya-Allah, ada rezeki lebih nanti saya akan usaha untuk mencari karya Buya.

Antara nama karya Buya HAMKA anda boleh lihat sendiri di Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Hamka)

Ke atas roh Buya HAMKA, al-Fatihah!

Terima kasih di atas sumbangan ilmu Buya, Allah jua sebaik-baik pemberi balasan.

Permalink 1 Comment

Perjalanan dan penantian…

April 23, 2009 at 12:00 pm (Uncategorized)

Awallulkalam, saya mulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim…( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Assalamualaikum WBT…

Syukur kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya…

Bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) pada pagi tadi, penulis berkesempatan singgah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dari jam 11 sehinggalah lebih kurang jam 3 petang. Terima kasih kepada Cikgu Hidayat di atas kesudian beliau mengajak penulis ke pesta tersebut. Jasa beliau, hanya Allah sahaja dapat membalasnya, terima kasih daun keladi.

Kesempatan yang datang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. penulis sudah lama mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke pesta ini. Lagi-lagi apabila pesta ini dipromosikan secara bersungguh-sungguh oleh Saudara Faisal Tehrani, seorang penulis yang yang cukup terkenal di Malaysia, penerima Anugerah Seni Negara 2006.

Begitu ramai yang hadir di pesta ini. Guru, murid, pegawai perpustaan dan ramai lagi menggunakankesempatan ini untuk mencari buku dengan harga yang lebih murah. Pesta ini memang besar dan menempatkan ramai penerbit-penerbit buku untuk sekecil-kecil anak sehinggalah pengajian pelajar kedoktoran. Jika ada masa, singgahlah. Anda pasti teruja.

Apa yang ingin saya cerita adalah, saya telah berjaya menambah dua koleksi karya Faisal Tehrani, dan satu karya Saudara Ramlee Awang Murshid. Saya ada juga mendapatkan karya Faisal yang di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris, dan Insya-Allah, karya ini saya hendak hadiahkan kepada kekasih saya.

Berikut adalah tajuk-tajuk novel yang saya beli dan harganya.

1) The Prau with The Silent Soul (RM 22.50)

2) Cinta Sang Ratu (RM17.00)

3) Manikam Kalbu (RM21.00)

4) Ketupat Cinta [MUSIM PERTAMA] (RM 21.00)

Alhamdulillah, semoga dengan rezeki yang ada, dapatlah penulis menambah ilmu biarpun sedikit. Cuma sedikit terkilan di hati kerana tidak dapat berjumpa dengan Saudara Faisal. Itu semua kerja Allah, yang penting kita harus syukur.

Jumpa lagi…

bannerpestabuku

Permalink 3 Comments

Untuk merehatkan minda…

April 10, 2009 at 3:08 am (Uncategorized)

rilek-rilek saja…

Permalink 1 Comment

Nafsu-nafsi…

April 9, 2009 at 1:59 am (Uncategorized)

Aku teringin…

Nak beli baju kemeja dan seluar slack baru,

Kasut LEE, Ebony berharga RM 179.90,

Muffler Yoshimura yang sedang-sedang,

Pergi tengok wayang dengan awek aku,

Pergi jalan-jalan dengan awek aku di Genting Highlands,

Seluar dalam dengan baju panas pun aku ingat nak beli baru.

Tetapi, entahlahkan. Nafsu, semua nak. Pesan orang-orang agama, kalau melihat barang dunia ni, lihatlah pada orang yang lebih susah dari kita. Kalau kita nak beli baju mahal-mahal, bersyukurlah. Ada diantara orang lain, baju pun tidak ada nak dipakai. Kalo kita ada motor, asyik nak cari motor baru sahaja, lihatlah pada mereka yang nak berjalan pun susah.

Nafsu-nafsu, semoga Allah memberi kita kekuatan melawannya…Amin!

Ikut nafsu, lesu

Ikut hati, mati.

Permalink 2 Comments

Pasar malam…

April 4, 2009 at 11:11 am (Uncategorized)

Pasar malam, mengikut Kamus Dewan  Edisi Keempat adalah,

a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam;

#http://prpm.db8bd29cdf2dfb9b96p.gov.my/carian.aspx?cari=pasar%20malam&domain=PRPM

Satu budaya di Malaysia, setiap tempat itu mesti ada pasar malam mereka yang tersendiri. Macam-macam ada dijual, dari kelengkapan di dapur disehinggalah benih pokok untuk ditanam. Makanan dan minuman tidak usah cerita banyaknya. Sesiapa yang suka melaram, pasar malam merupakan0db282b3629a837c tempat yang mesti dilawati kerana tempat ini menyediakan pelbagai barangan dari fesyen terbaru dengan tawaran harga yang lebih ekonomi dari tempat lain.

Sebenarnya05926fbe537382ba1 penulis teringin nak makan nasi lemak Seri Sarawak, tapi hujan pulak, maka tergerak pula menulis tentang artikel ini, hari ini di seksyen 16. Pasar malam di sini ada menjual pelbagai  makanan yang sedap-sedap. Jika ada masa, singgahlah. Pasar malam akan diadakan dua kali seminggu, pada Selasa malam Rabu dan juga Sabtu malam Ahad

Apapun, pasar ma52f46e5fdc34619elam sudah begitu sebati dengan rakyat Malaysia. Sudah menjadi sebahagian dari budaya kita. Sudah tentu kita ingin budaya f8373835cc26c254ini terus kekal di Malaysia kerana inilah warna-warni negara kita.

#Hurm…laparnya perutku, tidak sabar hendak tunggu hujan rahmat ini reda. Nasi lemak, siap sedia untuk jadi bahan santapan gue…

Permalink Leave a Comment

tag~~~~~

April 2, 2009 at 11:08 am (Uncategorized)

tag dr…cik yasmin yang chubby…peace~~

1) apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
*zulcantik…sebuah cheritera chenta


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
*zulcantik.wordpress.com.com…sbbnya ..i’m pretty….

3) apakah method dalam penulisan blog anda?
*sejenis karangan darjah enam yang disuntik dengan ransangan ekonomi sebanyak 60 billion..

4) pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
*tidak….cume nak ….nak……

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
*smg sihat dan di dalam rahmat Allah hendaknya…


6) senaraikan calon yang akan di tag:

http://www.two45.blogspot.com

banjawa.blogspot.com

Permalink 1 Comment

Next page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.