Bergelap dan Islam…

Semalam, seluruh dunia menyahut seruan WWF untuk mentup lampu selama sejam, bermula dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Alhamdulilah perkara ini berjaya bagi saya memberi kesedaran kepada semua rakyat di dalam dunia ini untuk menjaga alam ini. Pogram ini juga berjaya kerana melihat penyertaan yang memberangsangkan dari pelbagai pihak dari pelbagai peringkat.
Mungkin ada segelintir dari mereka merasakan pogram ini hanya satu bebanan, tidak apalah, mungkin tidak mendapat hidayah lagi. Apa yang penulis ingin sentuh dalam penulisan kali ini, adalah sikap berjimat. Ya, berjimat.
Islam amat mengajak umat dia supaya berjimat cermat. Inilah sepurnanya Islam kita. Jika kita patuh dengan ajarannya, sudah tentu tidak berlakunya kerosakan di muka bumi ini. Islam menerapkan hubungan antara manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Ini secara automatiknya membawa kita untuk menjaga alam semesta ciptaan Alla S. W. T. ini.
Kita sebagai sebaik-baik kejadian, kita bertanggungjawab untuk menjaga alam ini hingga ke akhir zaman nanti. Jangan nanti generasi kita hanya dapat melihat keindahan alam melalui gambar-gambar lama sahaja kerana keindahan itu sudah dilenyapkan dek kerakusan kita mencuri khazah alam. Bak kata Abby Fana di dalam iklan di radio sinar, “Alam ini bukan diwariskan untuk anak-anak kita, tapi kitalah yang meminjamnya dari mereka“
Pada semua pembaca, penulis berharap dapat menerapkan amalan berjimat cermat di dalam kehidupan. Jika tidak digunakan lampu atau kipas, tutuplah. Jangan tunggu sehingga ada kempen baru beriya-iya untuk menutup. Tutup, ini serba sedikit menerapkan nilai murni di dalam kehidupan anda. Jika anda pelajar, dari sekarang anda berlatih maka anda akan terbiasa untuk berjimat dewasa kelak. Sekali lagi saya menyeru, amalkanlah sikap berjimat.
Terima kasih kepada mereka yang menutup lampu semalam. Kepada yang tidak menyertai, tidak mengapa. Buatlah di waktu lain.
Semoga Allah memelihara kita dan alam semesta.
Semoga Allah meberi kesedaran kepada kita.
Sekian
# Link untuk melihat gambar-gambar semalam sempena “Earth Hour 2009″:
http://www.flickr.com/photos/earthhour_global/sets/72157615780247025/show/
nikmatilah, cantik!
Satu inovasi… Isabella
Joe Flizzow feat. Amy Search, a nice work…..
Isabella…
Enjoy…
Waaaa…bahaya!!!
Kereta Peronda PDRM yang baru, Mitsubishi Evolution 10. Check this out!!!






Amcam??? nak try merembat… hahahaha!!!
keta polis negara lain???? klik sini
http://zulcantik.wordpress.com/2008/04/14/cars-of-police-departments-of-various-countries/
