Cars of Police Departments of various countries

April 14, 2008 at 4:23 pm (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

Pelik bin Ajaib

April 14, 2008 at 12:44 pm (Uncategorized)

Lelaki Bersalin??? FIZIKALNYA sama seperti lelaki lain — ada pertumbuhan bulu di bahagian tertentu, terutama pada janggut dan misai, namun individu bernama Thomas Beatie, 34, ini mencipta kejutan apabila disahkan hamil enam bulan. Beatie mendakwa, dia kini hamil bayi perempuan dan dijangka melahirkannya pada 3 Julai depan. Ia dibuktikan dengan perut lelaki berasal dari Pacific North West, Amerika Syarikat (AS) itu yang semakin membesar, selain ujian imbasan seperti dilakukan ibu mengandung lain mendapati ada bayi di dalam rahimnya. Ia mencetuskan persoalan bagaimana seorang lelaki boleh mengandung seperti wanita, namun berdasarkan latar belakangnya, apa dialami Beatie bukan pelik. Ini kerana, dia sebenarnya wanita sebelum menjalani pembedahan menukar jantina, antaranya pembinaan semula dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon. Begitupun, dia masih mengekalkan organ reproduktifnya, terutama rahim yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain. “Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada majalah gay AS, The Advocate dalam isu terbaru mereka keluaran 26 Mac lalu. Beatie sebenarnya dilahirkan sebagai wanita menggunakan nama Tracy Lagondino. Dia mengambil keputusan menukar jantina selepas jatuh cinta dengan wanita yang kini menjadi isterinya, Nancy Roberts, 45. Beatie berkata, tindakannya berbuat demikian bertujuan memiliki zuriat sendiri selepas Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah menjalani pembedahan membuang rahim disebabkan masalah kesihatan 20 tahun lalu. Kerana terlalu cintakan isterinya, Beatie turut menjalani pembedahan menukar jantina. Faktor itu juga dipengaruhi undang-undang di Hawaii yang melarang perkahwinan sesama jenis kerana mereka ketika itu menetap di kawasan tempat berkenaan. Pasangan itu yang sudah 10 tahun hidup bersama berjaya menyembunyikan identiti masing-masing, khususnya Beatie, daripada pengetahuan rakan dan jiran sehingga dia setuju berkongsi pengalaman di majalah berkenaan. “Kepada jiran, kami tidak seperti orang lain yang muncul dan bersama-sama melakukan aktiviti. Kami bekerja kuat, berhasrat membeli rumah dan memulakan sebuah keluarga bahagia sehingga kami sepakat memiliki anak. “Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” katanya. Sebelum mengambil keputusan mengandung, Beatie berhenti mengambil suntikan hormon atau testosteron bagi membolehkan putaran haidnya kembali normal. “Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini dan selepas berhenti untuk pastikan saya boleh mengandung, ia mengambil masa empat bulan untuk kembali normal. Saya tidak perlu ubat untuk hamil,” katanya. Menurutnya, dia disuburkan menggunakan sperma penderma yang diperoleh daripada bank sperma untuk membolehkannya mengandung dan akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki, meskipun perutnya semakin membesar. Beatie yang pernah menjadi finalis Miss Teen Hawaii USA berkata, keinginan untuk hamil pada mulanya hanya angan-angan sebelum mereka berdua memutuskan ia menjadi kenyataan. Katanya, untuk ke arah itu, dari proses awal dan dijangka sehingga bersalin, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran, malah mendapat tentangan pelbagai pihak, sama ada pakar kesihatan, rakan serta ahli keluarga. “Kali pertama saya berjumpa doktor selepas berasakan diri mengandung, dia terkejut dan tak percaya. Meskipun dia memeriksa, dia minta saya berjumpa pakar psikologi sama ada saya boleh terus mengandung atau tidak. “Malah, ada antara mereka mendiskriminasi kami dengan memberitahu, ini bertentangan budaya dan kepercayaan. Ada juga yang enggan memanggil saya dengan nama lelaki dan mengakui Nancy isteri saya. “Bukan itu saja, apabila dapat tahu saya hamil, mereka mentertawakan saya. Rakan dan ahli keluarga juga tidak memberi sokongan, malah keluarga Nancy sehingga hari ini tidak tahu saya sebenarnya menukar jantina,” katanya. Begitupun, dia tidak menghiraukan pandangan mereka, malah meneruskan hasrat dan tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung yang dijangka 3 Julai depan. “Saya akan jadi bapa bayi ini dan Nancy pula ibunya. Kami akan hidup dalam keluarga bahagia dan saya tidak sabar ke arah itu. Ia seperti mimpi jadi kenyataan,” katanya. Selepas tersiarnya artikel mengenai Beatie di The Advocate, pengacara terkenal, Oprah Winfrey menemuramah pasangan itu dalam rancangan popularnya, The Oprah Winfrey Show. “Kami lakukan ini semua kerana mahukan anak, sebab itu saya tidak buang rahim meskipun mengambil keputusan menukar jantina,” kata Beatie. Sementara itu, Nancy berkata, dia meminta Beatie membuat penyemaian benih atau sperma yang diperoleh daripada bank sperma selepas dia disahkan tidak boleh hamil. “Saya tidak kisah kerana saya tak boleh hamil lagi dan kini kami tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata. Dia akan jadi ayah dan saya pula ibu,” katanya yang memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu. Dalam rancangan itu, Beatie turut dibawa menjalani ujian ultrasound atau imbasan bunyi dan menunjukkan ada bayi di dalam rahimnya. “Saya tidak percaya… tak percaya ia dalam perut saya. Ia ajaib,” kata Beatie selepas menjalani ujian itu. Sementara itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi atau sakit puan yang turut serta dalam program berkenaan, Dr Kimberley James, berkata proses kehamilan dialami Beatie adalah normal, terutama selepas dia berhenti mengambil suntikan hormon sehingga mengembalikan semula hormon kewanitaannya. “Bayi di dalam kandungannya sihat dan tiada masalah. Saya sifatkan kejadian seperti ini adalah normal seperti mana kehamilan lain,” katanya. Menjawab satu soalan Oprah mengenai bagaimana mereka melakukan hubungan seks, Beatie berkata, ia tiada masalah dan mereka boleh mengadakan hubungan kelamin atau persetubuhan seperti pasangan suami isteri lain. Dalam pada itu, sejurus artikel dan rancangan Oprah ke udara, orang ramai tampil memberi pelbagai pandangan atau pendapat mengenai kejadian itu. Janice dalam satu e-mel menyatakan, dia keliru mengenai Beatie yang sebelumnya wanita dan bertukar lelaki tetapi boleh mengandung seperti wanita biasa. “Saya tak faham, sebelum ini dia wanita tetapi sekarang lelaki dan boleh mengandung! Adakah dia keliru dan tidak tahu hendak menjadi wanita atau lelaki? “Dunia kini semakin rosak dan dia menambah lagi kerosakan itu. Apapun jika dia gembira, saya ucapkan selamat berjaya,” katanya. Lala pula berkata, sesuatu yang menjijikkan apabila seorang lelaki mengandung dan jika dia menjadi anak pasangan itu, dia akan membunuh diri. Seorang lagi yang tidak mahu dikenali menyatakan, apa yang dilakukan pasangan itu kerja gila, tetapi menarik untuk dikaji. Jiran pasangan itu di Bend, Oregon, Victoria berkata mereka terkejut apabila mendapat tahu mengenai peristiwa luar biasa pasangan itu. “Di luar jangkaan dan tidak masuk akal apabila Beatie disahkan hamil. Saya nampak dia memotong rumput di halaman rumah dan apabila diberitahu dia hamil, kami terkejut. Bukannya Nancy tetapi Beatie, pelik juga memikirkannya,” katanya. Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Ekspresi/20080413125627/Article/indexv_html Sekali pompuan da….

Permalink 2 Comments

Pakar hasil kamus Islam-Kristian 2012

April 14, 2008 at 12:37 pm (Uncategorized)

Diatur mengikut mencakupi pelbagai bidang, fahaman


WASHINGTON: Sebuah kamus mengenai persamaan dan perbezaan antara agama Islam dan Kristian kini dirangka oleh tiga penyelidik Amerika Syarikat dengan bantuan sarjana agama, imam, paderi dan pakar antara agama.

“Kami mahu golongan yang bakal menjadi paderi, penuntut sekolah Islam, orang ramai dalam bidang komunikasi, kerajaan dan perniagaan, menyedari kepentingan hubungan antara kedua-dua agama.

“Kamus ini akan bertindak sebagai fokus kepada disiplin hubungan Islam dan Kristian pada peringkat antarabangsa.

“Contohnya, kami berharap ia akan meningkatkan persefahaman antara Islam dan Kristian,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Wackerlin bagi Agama dan Tindakan Universiti Aurora, Martin Forward, kepada akhbar Vindy.

Kira-kira 60 cerdik pandai agama, imam, paderi dan pakar antara agama dari seluruh dunia memberi sumbangan masing-masing kepada Kamus Hubungan Islam-Kristian yang akan diterbitkan pada 2012 oleh Cambridge University Press.

Kamus berkenaan akan mempunyai sehingga 900 pendaftaran yang diatur mengikut abjad mengenai manusia, tempat, teologi, mazhab, ayat-ayat suci dan teks utama lain.

Forward berkata, kamus itu akan menerangkan, sebagai contoh, bagaimana penganut Islam dan Kristian menilai Jesus atau Nabi Isa.

“Bagi penganut Kristian, Jesus meninggal dunia kerana disalib dan dihidupkan kembali. Bagi umat Islam pula, Jesus tiada kena mengena dengan penderitaan.

“Sebaliknya, menurut Islam, Nabi Isa adalah antara rasul dan Baginda adalah anak kepada Maryam, bukan anak Tuhan,” katanya.

Di dalam al-Quran, Jesus adalah Nabi Isa dan Baginda juga dikenali sebagai Al-Masih dan Ibn Maryam.

Profesor Islam, Scott Alexander, yang juga Pengarah Program Pengajian Katolik-Islam di Kesatuan Teologi Katolik di Chicago dan salah seorang daripada tiga editor kamus itu, berkata ia akan menyediakan perbendaharaan kata biasa bagi dialog antara agama.

“Dialog seumpama ini diadakan di seluruh dunia tetapi tidak begitu diberi perhatian,” katanya. � Agensi

Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20080413220618/Article/index_html

Ilmu sudah dihidang, akal jangan lupa untuk menjamah…

Permalink Leave a Comment

Tension…

April 14, 2008 at 4:51 am (Uncategorized)

Ari ni kene wat teamteaching, power point da mantap, tapi oleh sebab lidah melayu ni tak pandai berbicara omputih, kelas jadi kering….waaa…. mak! tolong…..nak improve english, tapi malu nak bercakap….. tension!!!!

Permalink Leave a Comment

Arsenal kalah lagi…

April 14, 2008 at 4:48 am (Uncategorized)

Waaa…..tension yang bersangatan apabila Arsenal kalah lagi… Skuad Gunners yang mendahului pada awal babak kedua dengan tandukan Adebayor terpaksa akur di Old Trafford. Secara keseluruhan pada saya, Arsenal berjaya mengawal rentak permainan di mana mereka lebih banyak menyerang.  Man U mengungguli 2 gol hadiah dari pada sepakan penalti Ronaldo dan sepakan percuma Owen. Kemenangan ini terus mengukuhkan Man U dipersada liga. Diharap Arsenal akan bangkit di musim akan datang dengan pemain-pemain yang lebih terlatih dan strategi-strategi yang lebih merbahaya.

 

Permalink 1 Comment