Petua untuk mencantikkan kulit muka

April 10, 2008 at 9:43 am (Uncategorized)

1.  Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
                                epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
                      Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
                                itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

 

                   2.  Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
                                 digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
                       sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
                                 licin.

 

                    3.  Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
                                  ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

 

                      4.  Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
                                   sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
                         hilang.

 

                       5.  Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
                                    Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
                          lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya
                                    kulit muka akan cerah dan berseri.

 

                        6.  Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
                                     dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan  mendapat
                           kulit muka yang gebu dan licin.

1 Comment

  1. mrs. MINE said,

    hurm… ble try a pas ni..huhu, sy pon ader mslh jewawat gak..huhu..

    tp kan, kowang ble guna air beras gak tau… cam ni, tem kowang basuh beras tu, amek air basuhan yg pertama jer, pastu, kowang tapis lu a..t ader plak benda2 yg xdiperlukan… selawat 3x, then basuh a muka guna air beras tu… insya Allah… try a.. sy penah try skali jer… tem nak masak nasi.. tp dah xpenah buat dah, maklumla…beli nasi kat kdai…huhu..
    tp, kowang jgn smpan lak air tu, kang bau 1 kg…hahaha..

Post a Comment