- 1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu
- ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
- Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus
- serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata
- kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
- Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-
- kurangnya seminggu.
- 2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa
- biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga
- hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.
- Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan
- selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah
- anda akan nampak perubahannya.
- 3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda.
- Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu.
- Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air
- limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum
- mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan
- menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.
- 4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.
- Untuk itu amalkan cara ini.
- Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan
- rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan
- bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian,
- ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi
- rambut.
- Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut
- kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk
- mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).