Masalah Sakit Kepala, Pening & Hidung Berdarah
- 1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis
- dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi
- dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan
- sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas
- dalam masa 2-3 hari.
- 2. Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan
- penyakit ini tidak akan berulang.
- 3. Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang
- besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar
- madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala
- suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.
- 4. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni
- ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal
- dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa
- segar serta ringan kepala.
Aisyah Humaira said,
January 6, 2012 at 11:52 am
syukran 4 the info