Petua Untuk Masalah Batuk

April 10, 2008 at 10:00 am (Uncategorized)

  1. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh
                     memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau
                     nipis dan secamca minyak kayu putih.
                            Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah
                     pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi
                     dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga
                     seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.
 

                                        

            
                  2. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina
                      ( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama
                      lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan.
                      Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

Permalink 1 Comment

Khasiat Dari Tumbuhan

April 10, 2008 at 9:59 am (Uncategorized)

1.  Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan
                                  mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air
                        dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan
                                  mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

 

                    2.   Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai
                                  daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi
                        pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa
                                  kali.

 

                      3.  Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka,
                                   samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun
                         inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan.
                                   Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh
                         helai pagi dan petang sehingga sembuh.

 

                       4.  Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah
                                    tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

 

                      5.   Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil
                                    beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi
                          dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan
                                    melegakan rasa tidak selesa pada mata.

 

Permalink 1 Comment

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi

April 10, 2008 at 9:57 am (Uncategorized)

Indeks Jisim Tubuh <BMI> : Berat tubuh badan<kg> bahagi Ketinggian<m> kali Ketinggian<m>

 

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m

              Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336

              Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan

              BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6

 

Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obese<berat badan berlebihan>

Permalink 6 Comments

Petua Untuk Masakan

April 10, 2008 at 9:52 am (Uncategorized)

                    1.  Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang.
                                  Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur
                        cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan
                                  menghilangkan kotoran pada sayur.

 

                     2.  Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang
                                   didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan
                         bersih memutih.

 

                       3.  Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan
                                    air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah
                          sejuk.

 

                        4.  Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam
                                     didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah
                           peria tadi mengikut resepi anda.

 

                         5.  Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng
                                      asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

 

                          6.  Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas
                                       dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

 

                         

Permalink Leave a Comment

Petua Untuk Ibu Hamil & Kanak-Kanak

April 10, 2008 at 9:49 am (Uncategorized)

    1.  Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua
                     yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan
                     sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas
                     selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan
                     mendapat manfaatnya.
 
 
                  2.  Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi
                    dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil 
                    berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.
 
 
                  3.  Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk menghilangkannya
                    bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam. Insya-Allah
                    ruam beransur hilang.
 
 
                   4.  Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan . Untuk menghilangkannya, anda boleh
                      menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa. Biarkan seketika agar
                      daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok daki itu. Selain hampas kelapa, minyak
                      bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan.
 
 
                    5.  Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini. Gunakan tiga jari
                      anda ( ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu ). Baca selawat tiga kali, genggam dan lepaskan
                      beras dengan tiga jari tadi kedalam secawan air masak. Makan beras yang masih melekat
                      pada jari itu. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan
                      diberi minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.
 

 

Permalink Leave a Comment

Petua Untuk Masalah Sakit Perut & Senggugut

April 10, 2008 at 9:48 am (Uncategorized)

1.  Bagi menghilangkan sakit perut cuba petua ini. Ambil bawang merah dan 
                                 ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan
                       berasa lega sendiri.

 

                    2.  Senggugut memang menyakitkan.Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang
                                  tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air
                        suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

 

                       3.  Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia kedalam segelas air
                                    suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.
                          Hasilnya senggugut akan hilang.

 

 

Permalink 1 Comment

Masalah Sakit Kepala, Pening & Hidung Berdarah

April 10, 2008 at 9:46 am (Uncategorized)

              1.  Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis
                           dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi
                 dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan
                           sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas
                 dalam masa 2-3 hari.

 

               2.  Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan
                  penyakit ini tidak akan berulang.
 
 
               3.  Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang
                   besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar
                   madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala
                   suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.
 
 
 
                4.  Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni
                            ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal
                    dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa
                              segar serta ringan kepala.

Permalink Leave a Comment

Petua untuk mencantikkan kulit muka

April 10, 2008 at 9:43 am (Uncategorized)

1.  Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau
                                epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
                      Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas
                                itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

 

                   2.  Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh
                                 digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka
                       sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih
                                 licin.

 

                    3.  Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan
                                  ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

 

                      4.  Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya,
                                   sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
                         hilang.

 

                       5.  Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
                                    Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah
                          lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya
                                    kulit muka akan cerah dan berseri.

 

                        6.  Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit,
                                     dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan  mendapat
                           kulit muka yang gebu dan licin.

Permalink 1 Comment

Petua Mencantikkan Rambut

April 10, 2008 at 9:42 am (Uncategorized)

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu
                                ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
                         Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus
                                serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata
                      kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
                                   Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-
                      kurangnya seminggu.

 

                   2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa
                                 biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga
                       hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.
                                    Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan
                       selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah
                                 anda akan nampak perubahannya.

 

                    3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda.
                                  Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu.
                           Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air
                                  limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum
                        mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan
                                  menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

 

                     4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat.
                                   Untuk itu amalkan cara ini.
                            Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan
                                   rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan
                         bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian,
                                   ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi
                         rambut.
                                     Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut
                         kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk
                                   mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

 

 

Permalink Leave a Comment

Petua Untuk Masalah Badan Berbau

April 10, 2008 at 9:40 am (Uncategorized)

1.  Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu
                       pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi. 
 
 
                    2.  Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga
                       cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.
 
 
                    3.  Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih
                       bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan
                       selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.
 
 
                     4.  Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit
                        kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak
                        setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.  

Permalink Leave a Comment

Next page »