cheritera 1
Situasi 1
“Assalamualaikum kelas! Hari ini ini saya nak lihat kamu punya kerja rumah Fizik yang saya berikan kelamarin. Masing-masing sila keluarkan buku latihan ya,” pinta Cikgu Nur.
“Cikgu, Azman tak buat Cikgu,” pekik Ahmad, budak yang agak debab, selalu sahaja menjadi mat pot.
“Betul Azman kamu tak buat? Kenapa dengan kamu ni, apa yang saya suruh tak pernah kamu buat. Kamu nak saya bawak kamu jumpe pengetua ye?” melauap-luap marah Cikgu Nur.
“Maaf Cikgu, saya tak sempat buat. Saya tolong mak saya berniaga Cikgu,” rayu si Azman, tertunduk malu, melihat lantai, mengira nasib yang akan menimpanya di dalam beberapa detik akan datang.
“Ah, alasan itu semua!” hamun Cikgu Nur seraya melayangkan penamparnya.
Paaapp! Merah pipi Azman bebekas tangan Cikgu Nur.
“Kamu pergi kebelakang, buat dan siapkan!” jerkah Cikgu Nur.
Terpisat-pisat Azman mengambil bukunya. Hari itu tercalar maruahnya.Rakan-rakan sekelas memerhatikan dengan pandangan kesian. Mereka kenal Azman, seorang budak yang baik, cuma sedikit ketinggalan di dalam akademik kerana kemiskinan keluarganya. Dia rajin cuma kurang masa. Anak sulong, sudah tentu dia menjadi tempat adik-adiknya bergantung. Bapanya entah ke mana menhilang. Kali terakhir dia melihat bapanya sewaktu adiknya yang kecil, Siti dilahirkan. Selepas itu hilang entah ke mana. Ibunya, Mak Milah, seorang yang cekal dan tabah. Orang kampung sibuk mengatakan suaminya itu lari mengikut minah Indon bernama Kartika tetapi dipekakkan sahaja telinga mendengar cerita itu.
“Bangun kelas! Terima Kasih Cikgu Nur Aina!” Jerit Mohd Hamid, ketua tingkatan 5 Coklat.
Cikgu Nur berjalan menuju ke kantin selapas melangkah keluar dari makmal. Sambil berjalan, beliau memikirkan tidakan yang diambil ketika di dalam kelas tadi. Perasaan menyesal mula membunga. Hari itu dirasakan tidak kena baginya sejak awal pagi lagi. Kemuncaknya dia hilang sabar dan terus menampar muka Azman. Tidak pernah terlintas sebelum ini untuk dia bertindak sedemikian, tapi nasi sudah pun menjadi bubur.
“Kenapa menung sahaja cikgu? Teringatkan buah hati ya? Cikgu nak minum apa?” sakat Angah, pekerja kantin.
“Eh, ada pula kamu ni Angah! Beri saya macam biasalah, milo ais ya,” Cikgu Nur tersenyum sipu.
“Hai Nur! Seorang sahaja?” sapa Cikgu Robi.
“Ya kak. Baru habis kelas ke?” balas Cikgu Nur.
“Tak, baru lepas jumpa Tuan Pengetua tadi. Kelas pukul 11.50 nanti. Kamu kenape ni Nur, muram sahaja? Murid kamu buat hal ya?” teka Cikgu Robi.
“Biasalah kak. Azman dari kelas 5 Coklat, dia buat saya geram tadi. Saya hilang sabar, terus saya tampar muka dia. Sekarang bila sudah sejuk sikit, kesian pula saya ingat balik dekat dia. Dia orang susahkan kak?” tanya Cikgu Nur ingin tahu.
…bersambung
Kepingin…

Bila membaca karya-karya Faisal Tehrani dan juga Ramlee Awang Murshid, hati bagai berbisik untuk memcari buku-buku mereka yang lain. Lain dan berbeza. Mereka membawa ke lembah ilmu, lembah ilmu yang dalam dan mendekatkan diri ke Rabbul-Jalil.
Tapi apa yang saya lebih teringin sekarang adalah membaca karya Allahyarham Buya HAMKA, atau nama sebenarnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Buya merupakan seorang ulama terkemuka dan pengkarya yang disegani. Insya-Allah, ada rezeki lebih nanti saya akan usaha untuk mencari karya Buya.
Antara nama karya Buya HAMKA anda boleh lihat sendiri di Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Hamka)
Ke atas roh Buya HAMKA, al-Fatihah!
Terima kasih di atas sumbangan ilmu Buya, Allah jua sebaik-baik pemberi balasan.
Perjalanan dan penantian…
Awallulkalam, saya mulakan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim…( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)
Assalamualaikum WBT…
Syukur kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya…
Bertempat di Putra World Trade Center (PWTC) pada pagi tadi, penulis berkesempatan singgah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dari jam 11 sehinggalah lebih kurang jam 3 petang. Terima kasih kepada Cikgu Hidayat di atas kesudian beliau mengajak penulis ke pesta tersebut. Jasa beliau, hanya Allah sahaja dapat membalasnya, terima kasih daun keladi.
Kesempatan yang datang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang. penulis sudah lama mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke pesta ini. Lagi-lagi apabila pesta ini dipromosikan secara bersungguh-sungguh oleh Saudara Faisal Tehrani, seorang penulis yang yang cukup terkenal di Malaysia, penerima Anugerah Seni Negara 2006.
Begitu ramai yang hadir di pesta ini. Guru, murid, pegawai perpustaan dan ramai lagi menggunakankesempatan ini untuk mencari buku dengan harga yang lebih murah. Pesta ini memang besar dan menempatkan ramai penerbit-penerbit buku untuk sekecil-kecil anak sehinggalah pengajian pelajar kedoktoran. Jika ada masa, singgahlah. Anda pasti teruja.
Apa yang ingin saya cerita adalah, saya telah berjaya menambah dua koleksi karya Faisal Tehrani, dan satu karya Saudara Ramlee Awang Murshid. Saya ada juga mendapatkan karya Faisal yang di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris, dan Insya-Allah, karya ini saya hendak hadiahkan kepada kekasih saya.
Berikut adalah tajuk-tajuk novel yang saya beli dan harganya.
1) The Prau with The Silent Soul (RM 22.50)
2) Cinta Sang Ratu (RM17.00)
3) Manikam Kalbu (RM21.00)
4) Ketupat Cinta [MUSIM PERTAMA] (RM 21.00)
Alhamdulillah, semoga dengan rezeki yang ada, dapatlah penulis menambah ilmu biarpun sedikit. Cuma sedikit terkilan di hati kerana tidak dapat berjumpa dengan Saudara Faisal. Itu semua kerja Allah, yang penting kita harus syukur.
Jumpa lagi…

Nafsu-nafsi…
Aku teringin…
Nak beli baju kemeja dan seluar slack baru,
Kasut LEE, Ebony berharga RM 179.90,
Muffler Yoshimura yang sedang-sedang,
Pergi tengok wayang dengan awek aku,
Pergi jalan-jalan dengan awek aku di Genting Highlands,
Seluar dalam dengan baju panas pun aku ingat nak beli baru.
Tetapi, entahlahkan. Nafsu, semua nak. Pesan orang-orang agama, kalau melihat barang dunia ni, lihatlah pada orang yang lebih susah dari kita. Kalau kita nak beli baju mahal-mahal, bersyukurlah. Ada diantara orang lain, baju pun tidak ada nak dipakai. Kalo kita ada motor, asyik nak cari motor baru sahaja, lihatlah pada mereka yang nak berjalan pun susah.
Nafsu-nafsu, semoga Allah memberi kita kekuatan melawannya…Amin!
Ikut nafsu, lesu
Ikut hati, mati.
Pasar malam…
Pasar malam, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah,
a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam;
#http://prpm.db
p.gov.my/carian.aspx?cari=pasar%20malam&domain=PRPM
Satu budaya di Malaysia, setiap tempat itu mesti ada pasar malam mereka yang tersendiri. Macam-macam ada dijual, dari kelengkapan di dapur disehinggalah benih pokok untuk ditanam. Makanan dan minuman tidak usah cerita banyaknya. Sesiapa yang suka melaram, pasar malam merupakan
tempat yang mesti dilawati kerana tempat ini menyediakan pelbagai barangan dari fesyen terbaru dengan tawaran harga yang lebih ekonomi dari tempat lain.
Sebenarnya
penulis teringin nak makan nasi lemak Seri Sarawak, tapi hujan pulak, maka tergerak pula menulis tentang artikel ini, hari ini di seksyen 16. Pasar malam di sini ada menjual pelbagai makanan yang sedap-sedap. Jika ada masa, singgahlah. Pasar malam akan diadakan dua kali seminggu, pada Selasa malam Rabu dan juga Sabtu malam Ahad
Apapun, pasar ma
lam sudah begitu sebati dengan rakyat Malaysia. Sudah menjadi sebahagian dari budaya kita. Sudah tentu kita ingin budaya
ini terus kekal di Malaysia kerana inilah warna-warni negara kita.
#Hurm…laparnya perutku, tidak sabar hendak tunggu hujan rahmat ini reda. Nasi lemak, siap sedia untuk jadi bahan santapan gue…
tag~~~~~
tag dr…cik yasmin yang chubby…peace~~
1) apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
*zulcantik…sebuah cheritera chenta
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
*zulcantik.wordpress.com.com…sbbnya ..i’m pretty….
3) apakah method dalam penulisan blog anda?
*sejenis karangan darjah enam yang disuntik dengan ransangan ekonomi sebanyak 60 billion..
4) pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
*tidak….cume nak ….nak……
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
*smg sihat dan di dalam rahmat Allah hendaknya…
6) senaraikan calon yang akan di tag:
www.two45.blogspot.com
banjawa.blogspot.com
Bergelap dan Islam…

Semalam, seluruh dunia menyahut seruan WWF untuk mentup lampu selama sejam, bermula dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Alhamdulilah perkara ini berjaya bagi saya memberi kesedaran kepada semua rakyat di dalam dunia ini untuk menjaga alam ini. Pogram ini juga berjaya kerana melihat penyertaan yang memberangsangkan dari pelbagai pihak dari pelbagai peringkat.
Mungkin ada segelintir dari mereka merasakan pogram ini hanya satu bebanan, tidak apalah, mungkin tidak mendapat hidayah lagi. Apa yang penulis ingin sentuh dalam penulisan kali ini, adalah sikap berjimat. Ya, berjimat.
Islam amat mengajak umat dia supaya berjimat cermat. Inilah sepurnanya Islam kita. Jika kita patuh dengan ajarannya, sudah tentu tidak berlakunya kerosakan di muka bumi ini. Islam menerapkan hubungan antara manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Ini secara automatiknya membawa kita untuk menjaga alam semesta ciptaan Alla S. W. T. ini.
Kita sebagai sebaik-baik kejadian, kita bertanggungjawab untuk menjaga alam ini hingga ke akhir zaman nanti. Jangan nanti generasi kita hanya dapat melihat keindahan alam melalui gambar-gambar lama sahaja kerana keindahan itu sudah dilenyapkan dek kerakusan kita mencuri khazah alam. Bak kata Abby Fana di dalam iklan di radio sinar, “Alam ini bukan diwariskan untuk anak-anak kita, tapi kitalah yang meminjamnya dari mereka“
Pada semua pembaca, penulis berharap dapat menerapkan amalan berjimat cermat di dalam kehidupan. Jika tidak digunakan lampu atau kipas, tutuplah. Jangan tunggu sehingga ada kempen baru beriya-iya untuk menutup. Tutup, ini serba sedikit menerapkan nilai murni di dalam kehidupan anda. Jika anda pelajar, dari sekarang anda berlatih maka anda akan terbiasa untuk berjimat dewasa kelak. Sekali lagi saya menyeru, amalkanlah sikap berjimat.
Terima kasih kepada mereka yang menutup lampu semalam. Kepada yang tidak menyertai, tidak mengapa. Buatlah di waktu lain.
Semoga Allah memelihara kita dan alam semesta.
Semoga Allah meberi kesedaran kepada kita.
Sekian
# Link untuk melihat gambar-gambar semalam sempena “Earth Hour 2009″:
http://www.flickr.com/photos/earthhour_global/sets/72157615780247025/show/
nikmatilah, cantik!
Satu inovasi… Isabella
Joe Flizzow feat. Amy Search, a nice work…..
Isabella…
Enjoy…
Waaaa…bahaya!!!
Kereta Peronda PDRM yang baru, Mitsubishi Evolution 10. Check this out!!!






Amcam??? nak try merembat… hahahaha!!!
keta polis negara lain???? klik sini
http://zulcantik.wordpress.com/2008/04/14/cars-of-police-departments-of-various-countries/
